Dunia Pelaburan Emas ini sebenarnya terbahagi kepada 3 jenis pelaburan iaitu;
Pertama:
Emas Fizikal. Emas fizikal boleh dipecahkan kepada 2 jenis iaitu dalam bentuk
1) Perhiasan dan
2) Jongkong.
Untuk tujuan pelaburan, emas perhiasan tidak digalakkan untuk anda simpan kerana ia mempunyai kadar spread atau susut nilai yang agak tinggi iaitu sebanyak 25% daripada harga belian emas itu. Kadar susut nilai ini datangnya daripada upah tukang emas dan upah simpan di bank. Sebagai contoh, anda beli gelang emas 999.99 seberat 12 gram berharga lebih kurang RM2,400. Dari masa anda terima je gelang emas itu, harganya telah jatuh sebanyak 25% iaitu sebanyak RM600. Jika anda pajak ke bank untuk dapatkan cash money, anda hanya terima duit sebanyak RM1,800 sahaja. Tidakkah itu sudah merugikan anda? Siapa yang untung? Bank lah yang untung..
Untuk tujuan pelaburan, emas dalam bentuk jongkong digalakkan untuk anda simpan tetapi hanya dalam kuantiti atau volume yang besar sekurang-kurangnya 1,000 gram emas. Jika anda setakat simpan 10 gram adalah tidak digalakkan. Ini kerana harga emas semasa tidak naik dengan mendadak dan upah simpan di bank perlu dibayar setiap bulan yang pasti akan mengurangkan margin keuntungan anda. Simpanan emas berkuantiti besar seperti 1,000 gram pula memerlukan jumlah pelaburan yang terlalu besar . Sebagai contoh, emas 999.99 segram lebih kurang RM200 segram x 1,000 gram = RM200,000 yang sudah pasti sukar untuk anda simpan kerana ramai antara anda tidak berkemampuan.
Adalah tidak selamat untuk anda menyimpan emas jongkong dan perhiasan ini di rumah. Selain emas ini boleh dicuri, nyawa juga boleh melayang.. Apa yang perlu anda buat adalah menyimpannya di bank di mana kadar upah simpan itu akan memberi keuntungan kepada pihak bank sendiri. At the end of the day, simpanan emas secara fizikal ini tidak berbaloi. Hanya dengan kuantiti yang besar sahaja yang dapat memberi pulangan kepada pemilik emas itu.
Kedua:
Membuka buku simpanan emas di bank. (Gold Investment Account, GIA)
Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda akan menerima buku yang tertulis sejumlah emas yang dibeli berdasarkan deposit anda tanpa anda memegang emas itu. Ada bank meletakkan syarat minimum sebanyak 10 gram emas seperti Public Bank dan ada sebanyak 1 gram sahaja seperti Maybank. Terdapat sedikit info untuk anda tahu mengenai buku simpanan emas di bank ini.
1) Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda hanya akan dapat buku yang tertulis sejumlah emas yang dibeli berdasarkan deposit anda. Tahukah anda, membeli emas sebegini boleh dikatakan seperti anda hanya memberi pinjaman wang percuma kepada pihak bank untuk bank rolling pada bisnes-bisnesnya yang akan sendiri menguntungkan pihak bank.
2) Anda boleh menebus emas anda dalam bentuk fizikal, tetapi kos insurans, perkhidmatan dan penghantaran akan dikenakan, secara langsung telah mengurangkan margin keuntungan anda.
3) Apabila sampai satu tahap anda ingin menjual semula emas di dalam buku simpanan emas anda, anda akan dikenakan beberapa cas perkhidmatan yang mana telah lagi mengurangkan margin keuntungan anda.
4) Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Sebagai contoh, untuk akaun GIA anda hendaklah meninggalkan sekurang-kurangnya 2 gram di dalam akaun untuk akaun kekal aktif dan dikenakan servis cas RM10 pada awal tahun untuk simpanan kurang 10 gram pada hujung tahun.
5) Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai satu tahap jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda akan diminta oleh pihak bank untuk menambah sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut. Pada saat tersebut, adakah anda pasti anda mempunyai deposit untuk diberikan kepada pihak bank.
6) Sekiranya anda tidak menambah deposit tersebut maka wang anda akan hilang begitu sahaja kerana sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM.
Ketiga:
Jenis pelaburan emas yang ketiga ini adalah yang terbaik daripada jenis-jenis pelaburan emas yang ada ini.. Anda nak tahu ke? Betul ke nak tahu ni? Takpe la, sy share next time la ye.. Hehehe gurau je la.. Sy hanya kongsikan kepada mereka yg betul2 nak tahu sahaja. Kepada mereka yang tidak berminat, takpe.. Explore dulu blog ni sampai habis, fahami betul2 konsep pelaburan ini.. Then, nilai lah sendiri keuntungan dan faedah melalui kaedah pelaburan ini.
Kaedah pelaburan Emas ini dipanggil Convertible Preferred Share (CPS) atau dalam bahasa melayunya sebagai Saham Keutamaan Boleh Tukar. Apa itu CPS?
Sebelum sy jelaskan tentang Saham Keutamaan Boleh Tukar ini, sy akan jelaskan dahulu definisi saham ini. Saham adalah keselamatan yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham adalah pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan perniagaan. Prestasi perniagaan sering boleh diukur dengan jumlah dividen pemegang saham menerima dan dengan harga saham, yang disebut di pasaran saham.
Saham terbahagi kepada dua iaitu saham biasa dan saham keutamaan. Saham biasa juga dipanggil sebagai saham ekuiti. Ia adalah modal risiko syarikat. Saham biasa memberikan pemegang hak pemilikan dalam syarikat itu, seperti hak untuk berkongsi dalam keuntungan, hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung dan untuk melantik dan memecat pengarah. Obligasi pemilikan juga diberikan dan ini boleh menyebabkan kehilangan wang pelabur jika syarikat itu tidak berjaya. Saham biasa selalunya membentuk sebahagian besar modal syarikat dan tidak mempunyai hak istimewa ke atas saham-saham lain. Sekiranya pembubaran, saham biasa bertaraf selepas lain-lain tanggungan syarikat. Manakala, saham keutamaan adalah saham yang membawa hak untuk dividen (biasanya tetap) yang dibayar dahulu sebelum pemegang saham biasa. Saham keutamaan boleh diutamakan juga berkenaan dengan pembahagian aset atas pembubaran syarikat itu. Saham keutamaan biasanya membawa tiada hak mengundi, tetapi hak mengundi boleh dibuat bergantung pada kegagalan untuk membayar dividen ke atas saham-saham keutamaan untuk tempoh masa yang tertentu. Salah satu saham keutamaan ini adalah Saham Keutamaan Boleh Tukar.
Di dalam pelaburan emas Rapid Gold Currency Exchange (RGCX) ini, ia adalah pemegang syer menjadi ‘Common Shares Holder’ dengan merujuk kepada ‘Jumlah Pembelian Syer’ bagi tujuan untuk didagangkan sendiri oleh pemegang syer di bawah akaun Exclusive Gold Trading Account (EGTA). Perolehan 10% - 15% Dividen Tetap dalam jangkamasa setiap 30 hari dari tarikh pengaktifan syer dalam bentuk Ounce(oz) Emas dan boleh dicairkan kepada tunai pada bila-bila masa tanpa ada tempoh matang dengan merujuk kepada harga semasa emas di ‘USD GOLD SPOT PRICE’ pasaran dagangan emas dunia. Modal pembelian syer adalah kekal dan boleh diambil semula pada bila-bila masa tanpa ada tempoh matang menerusi proses ‘UNSUBSCRIBE Share CPS’ dimana dalam tempoh 45 hari bekerja jumlah modal tersebut akan dipulangkan sepenuhnya kepada pemegang syer menerusi akaun pemegang syer tanpa melalui orang ketiga. Untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelaburan RGCX ini, anda boleh lihat di column "MARKETING PLAN".


No comments:
Post a Comment